BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, September 1, 2011


rindu pada dirimu membuat aku tension,arrgghhhh!!!!!!

Assalamualaikum...rini aq nk mluahkan isi ati aq ,sob3....

rini msuk ari ke6 aq merindui dirimu . kini baruku sedar tnpamu aq bagai nak giler!! bagai burung merpati di dalam sangkar,bgai banduan di pnjara besi, trkurung trpisah dari dunia luar. ARRRGGHHH!!!! Streamyx, bile dirimu nak brdamping dnganku lgi ni!!! agk lama jgak ko merajuk..

Monday, August 22, 2011

23 Ramadhan@23/08/11

Salam 2 all geng blogger..lme da ak rase xupdte blog ak. Bzy gan KEJA jew!! Nk Story ckit la, bwu2 nie b4 blik KG@PERAK singgah r kejap kat kolej.. Niat ati nk jmpe jp kwan2 n junior 1 umah dlu di samping cuba tok melupakan kenangan kat kolej.. 3blan ak menyepikan diri kat Merlimau,Melaka dengan harapan dpat melupakn c dye..TTuuPP-TtUpp!! terJUMPA la kembali c dye..tetiba ati aku tersentak n automtik fikiran ak teringan kembali knangan BERSAMA c dye..3 blan ak merasa senggra tok melupakn c dye...hancur,pedih luka dihati kembli berdarah.. 1stly dye ajak kuar sama n then ak cuba menolak gan mmberi alasan.. tpi apakan daya pujuk rayu yew mmbuatkn ak CAIR!!! n mengenangkn mmber2 ak yg sme dgn yew ajk kuar...


13-15/08/11 - Hari yg pling GEMBIRA bt ak coz dpat bertmu kembali kekasih ahi wlupon dye bkan lagi GF ak n mgaggap ak bgai SCAnDAL dye..ari 1st mkan sme2 kat Medan Ikan bakar Kuala Sg. Baru, Melaka gan mmber2 ( Kecik Suxuran, Kenpachi@ Shaari Kulim, Ady Pahang n Dak Pika Melaka)...best sgt time 2 rase coz lme xjmpe n berborak gan dyeorng..aftr 2 trus g seremban jalan2 coz ady nk g serve baju raya tok family dye.. da g jln2 smpai malam so kteorg 3 cple stay lepak kat Marina.. keesokan yew pon cme but 4 ths mment lepak kat MElaka lak..jln2 karoake..happing sanad!!! eerrrmm... kegembiraan 2 xlama.. g pon dye bkan ny GF da n xaggp pon ak nie SPEW2 dihatinya.. Ak da xsggp nk stay lme lagi kat KOLEJ coz ak tkut t lagi skit n hancur ati ak

Ku Sedar!!
Jika dengar akan aku, dengarlah dengan hati. Jangan dicari siapa aku tapi
Temuilah apa yang telah hilang bagimu.
Jika esok tiada lagi rentaku,sisipkan saja panduan jika menjadi sempadanmu.
Kerana mungkin aku sudah letih. Kerana mungkin rajukku ada. Semakin lama
Semakin panjang.
Jangan dipa ndang siapa aku, kerana aku bukan siapa2 bagimu. Kerana adanya aku di sini bukan kerana kamu. Jangan di cari2 kemana aku, kerana
Kamu juga bukan siapa bagiku lagi. Kerana aku dan kamu jauh amat
berbeza. Kerana walau rambut  kita hitam namun nilai hati menjadi ukuran
jangan di sanjung, jangan diangkat, aku jua ada salahnya. Aku juga lemah. Sama
kita adalah hambaNya. Dalam mencari apa ertinaya bahagia.
 Pada 1 wajah itu, sunggguh jarak memisahkan kita. Namun tahukan kamu, ingatan aku ada kamu. Berpisah kita Cuma mati. Jangan diragui mana janji.



Thursday, July 28, 2011

TeRaSa BaNgAt!!!

Bila terasa kehilangan,kembali pada diri. Mungkin kita terlalu ego atau ada membuat kesilapan pada seseorang lalu ujian ini sebagai didikan untuk kita kembali menghayati diri sebagai seorang hamba. Mungkin pernah suatu ketika kita tak pernah menghargai anugerah yang sedikit,lalu kita diajarkan erti 'menghargai' melalui 'kehilangan'. Subhanallah. sungguh hebat tarbiyah dari Allah =)
perfume's punca kte jatuh cinta..
perfume's jgk wt kte x leh lupakan si dia..♥
SEBELUM COUPLE :

Message ringkas al-kisah pasangan bercouple..

L: ye! abg dh lme tnggu saat nie!
P: abg nk tngglkn syg ke?
L: mestilah x..?? tolong jgn fkir mcm 2.. xmngkin trjadi..!!!
P: abg cntakn sygkan?
L: ye..tiap hari..
P: abg prnh tipu syg x?
L: X! nape syg sllu tnye cm2?
P: abg akn selalu kluar dengan syg tk?
L: stiap kali ada pluang abg tk kan lepaskn..
P: abg akn pkul syg?
L: giler ke?abg bkn llaki cm2!
P: bleh ke syg prcyekn abg?
L: yaa!
P: syg!

SELEPAS COUPLE:
baca dari bawah hingga atas.. just for sharing.. ^_^ renungan bersama....


 
 

Friday, July 22, 2011

KAWAN @ KEKASIH!!

Istimewa Untukmu WANITA


Khas buat setiap wanita yang sememangnya mendambakan kasih suci berlandaskan keredhaan Illahi...

Hanya Untuk-MU

jangan cinta kerana dia lelaki..
kelak kita akan membenci..
jika dia bukan lelaki yang dicari..
hanya pandai menabur janji..

jangan dirindu pada paras rupa..
kelak kita akan terseksa..
jika dia tidak sebaik rupanya..
senyumnya manis tipu belaka..

jangan disayang kerana berharta..
kelak kita hidup menderita..
jika hartanya habis dibelanja..
sukarnya hidup miskin dan papa..

jangan dikasih kerana dipuji..
kelak kita menagih janji..
jika rupa berkedut dimamah hari..
hilang sudah puji memuji..

jangan dicari seorang kekasih..
kelak kita akan disisih..
jika kasih luntur bersih..
menangislah diri hidup bersedih..

jangan disambut salam rindu..
kelak kita menahan sendu..
jika rindu tak dapat disatu..
dimanakah akan kita mengadu..

jangan dilayan seorang teman..
kelak hidup menjadi ancaman..
jika teman tidak beriman..
dibakar api dihari kemudian..

wahai sahabat wahai teman..
carilah dia kerana Tuhan..
untuk menambah ceteknya iman..
bekalan diri hidup berteman..

wahai sahabat wahai teman..
cintailah dia kerana beriman..
dijadikan Tuhan sebagai pasangan..
baik buruk ketentuan Tuhan..

wahai sahabat wahai teman..
terimalah dia penuh keikhlasan..
andai buruk anggaplah dugaan..
andai baik pujilah Tuhan..

wahai sahabat wahai teman..
ingatlah akan janji Tuhan..
isteri yang baik besar balasan..
suami penyabar itulah kemenangan..
 
 

khas untuk dirimu

KEKASIH 
bkn 
brjuta
Tp
"1",
Bkn Utk 
Dguna
Tp Utk
Djaga,
Bkn Utk 
Dmusuhi 
Tp Utk
Dsygi,
Bkn Utk 
Smentara
Tp Utk 
Slamanya,
Bkn Utk 
Dlupa
Tp Utk 
Dingati,
Bkn Utk
Dcurangi
Tp Utk
Setia dan
Dkasihi,
Bkn Utk
Dtnggalkn
Tp Utk 
Drindui,
Bkn Hnya 
Dcni
Tp
D dlm hati,
Bkn 
Stakat ini
Tp Hngga
Hjung NYAWA..
<UTKMU KEKASIH>

Aku mnadah tgan b'doa
m'britahu Tuhan yg aku
b'syukur krn ALLAH telah
mngurniakn seorg kekasih 
sptmu kpdku..

Ya Allah..
Ku mohon agar Engkau
sntiase mncurahkn
rahmatMU kpd kekasihku
itu...

Wahai kekasih..
akn ku b'jnji
"..jika smlam aku adlh 
kekasihmu..hari ini aku
masih lg sbgai kekasihmu..
& jgn risau mngenai hari 
esk..aku akn sntiasa mnjd
kekasihmu.."
Itulh jnjiku kpdmu whai
kekasihku..
& itulah hadiahku kpdmu
ksetiaan seorg kekasih..

KEKASIH..
Kita b'jmpa krn tkdir,
Kita b'kwn krn ksh syg,
Kita b'sma krn prasaan,
Kita bhagia krn cinta,
Kita b'psah krn cita2,
             &
Kita kekal krn kuatnya
hubungan.

sayang kamoo
 

Thursday, July 7, 2011

BaGi AkU LaGu NiE BeSt sNgt...


Assalamualaikum..
 
Pagi2 tme keja ak ske sangt dengar lagu nie kat radio, even tme wak2 rest kerja. sal pew tah???ak sendiri pon xtau..maybe lagu nie mmbuat kan ak teringat kpada c dye yg ak kanl xlama dlu time ak di Kolej. Maybe r lagu nie mengimbau persahabatan ak nun c dye di laman sesawang FACEBOOK!!! Well, eventho ramai cakap "  eh kau apehal shah suka dengar lagu cinta budak-budak, tak matured betullah".  wakaka! memang lah lagu nih kan untuk cinta remaja giteewww. dan saya kan sudah 21 tahun. tapi 21 tahun tu kira remaja lagi ape, haha! btw, budak-budak atau tak, but still I love the lyric, seriously! ehem-ehem, ade pape ke? ;p ngeee~ :) *wink*
 



 
huhu, comel je lagu ni. comel kan comel kan? angguk je lah, bukan susah, haishhhh T_T'. so, nah saya rajin nak bagi lirik okay. so sambil dengar korang boleh nyanyi sama-sama, teehee :)


lirik lagu cinta muka buku full version,
by Imratul Najwa Latif.

Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu
Oooo…
Hati ku rasa sesuatu..

Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu
Oooo…
Benarkah rasa itu..

Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita cari peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa..

Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata cinta
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta..

Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja..

Pabila kau renung tajam-tajam mata aku
Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu
Oooo...
Ini cinta remaja ku..

Dan pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju
Oooo...
Itulah cinta yang satu
Cinta di muka buku..

Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita beri peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa..

Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata cinta
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta..

Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja..

Pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju
Oooo...
Itulah cinta yang satu
Cinta di muka buku..






Saturday, June 25, 2011

DIA LUPA BETAPA BERHARGANYA DIRINYA..

DSC0156 Dia Lupa Betapa Berharganya Dirinya..


Ketika TUHAN Menciptakan wanita,

Malaikat datang menyentuh dagunya. . .


“TUHAN, ciptaan ini kelihatan lemah dan longlai. Seolah – olah terlalu banyak beban terhadapnya.”

“Itu bukan lemah  atau longlai,  itu adalah AIR MATA”.

“Untuk apakah air mata itu?” tanya malaikat

 
“AIR MATA adalah salah satu cara dia mengekspresikan kegembiraan, kegagalan, Cinta, kesepian, penderitaan dan kebahagiaan

“ENGKAU menciptakan segala sesuatunya. Wanita ciptaan MU ini akan sungguh menakjubkan!”


“Wanita ini mempunyai kekuatan mempesonakan lelaki.

Dia dapat mengatasi beban


Dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri.
Dia mampu tersenyum walaupun sebenarnya hati menjerit.
Mampu menyanyi saat menangis,
Menagis saat terharu, terharu saat ketawa,

Bahkan tertawa saat ketakutan.

Dia berkorban demi orang yang dicintainya.

Dia tidak menolak kalau melihat yang lebih baik.

Dia menerjunkan dirinya untuk keluarganya.

Dia membawa sahabat yang sakit untuk berubat.


- CINTANYA TANPA SYARAT -

Dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang.

Dia girang dan bersorak saat melihat sahabat tertawa.

Dia begitu bahagia mendengar kelahiran.

Hatinya begitu sedih saat mendengar berita sakit dan kematian
Tetapi dia selalu mempunyai kekuatan untuk mengatasi hidup,
Dia tahu bahawa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.


Hanya Satu Kekurangan dari Wanita,

DIA LUPA BETAPA BERHARGANYA DIRINYA..

.
- menerima artikel ini dari seseorang..

Friday, June 24, 2011

Apa Khabar JodohKU!!

spread the love by antontang d28nlwd Apa Khabar Jodohku..



Apa khabar jodohku? Sihatkah? Berat rasanya kelopak mataku tertutup. Bagaimana dengan kamu? Apa kamu selalu terbangun disepertiga malam terakhir? Dan apakah mulutmu terasa menerus -menerus berzikir dimalam hari?


Jujur aku rindu kamu, wahai jodohku..

Tapi saat ini belum saatnya untuk kita bertemu, bukannya aku tak mahu, atau aku tak rindu. Tapi sememangnya kerana perjalanan kita masih panjang. Dan masih banyak kewajipan yg harus kita penuhi sayang. Kadang – kadang aku berfikir, apa nanti saat subuh tiba kau akan membangunkanku? Mengajakku bertafakur dan bersujud kepada-Nya?


Berat hati ini menantikanmu, gelisah pula hati ini memikirkanmu. Apa kau selalu hiasi langkahmu dengan kebaikan-kebaikan? Dan apakah nanti saat zuhur tiba, kau akan meninggalkan kesibukanmu sementara, untuk menghadapNya?


Jodohku, sihatkah kamu?
Kalau aku berada disamping mu saat ini, mungkin aku akan merawatmu dengan penuh kasih sayang.


Jodohku sabar dan tenanglah..

Aku disini masih bersabar menanti mu, Hatimu tidak terluka kan? senyumlah.. kerana aku yakin kebahagiaan akan selalu menyertai kita, Jikalau detik ini hatimu sedang terluka, berwuduklah.. dan mendekatlah diri kepada-Nya. Tetapi disini aku berharap kamu baik-baik saja..


Jodohku, aku rindu..

Bilakah kita akan bertemu? Begitu banyak hal yg ingin ku ceritakan kepadamu. Begitu banyak pula harapanku untuk menantikan nasihat – nasihat mu. Hati ini kosong.. dan hati ini tak sabar menanti kehadiranmu yang kan membalut dan menyembuhkan luka dihatiku.


Jodohku…

Adakah kau juga rindu padaku? Bagaimana dengan Quran mu? Sudahkah kau baca diantara maghrib dan isyak? Apa yang kau fahami dari surah itu? Ceritakanlah kepadaku.. Aku sedia mendengar, dan begitu juga dengan keluhanmu, aku sedia mendengarnya..
Apa perubahan  yang kau lakukan dari hari ke hari sayang? semakin baikkah?
Aku berharap seperti itu, Jodohku..
disetiap langkahku dan seusai solatku..
ku bisikkan AL-Fatihah untukmu, agar kau selalu berada dijalan-Nya..
Sabarlah sayang, waktu-waktu ini bukanlah waktu yang lama..
Jangan sampai kau tersalah jalan sayang..


Jodohku..

nantilah aku, dengan perbagai kebaikan yang nantinya akan membawa Rahmat untuk kita, Jagalah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama. Kerana aku mencintaimu secara tulus & ikhlas


Jodohku..

Bersiaplah kau untuk mencintaiku scara tulus dan mahu menerima segala kekuranganku. Dan membenarkanku dikala aku salah. Sayang… berusahalah membahagiakan orang tuamu… dengan menjaga sikapmu dan tuturkata mu.. Aku yakin kau adalah orang yang sabar, orang yang cekal membesarkan anak – anak kelak Jangan pernah merasa keseorangan.. kerana aku disini masih setia menantimu..


Jodohku..

kalau siang sudah berlalu.. pejamkan matamu dengan buaian doa, begitu juga ucapan doa dariku yang selalu menyertaimu…
Semoga ALLAH selalu menjadikan kita dijalan yang benar. Amin…


Jodohku..

Tak terasa penatku menaip pada keyboard ini, memang benar ini adalah tanda kerinduanku kepadamu,
Ingatlah sayang..
aku selalu ada untukmu..
Untuk itu jangan pernah kau merasa sendiri atau sepi..


Semoga kerinduanku ini akan terjawab, seiring berjalannya waktu.
Salam hormatku dan sayangku untukmu…. icon smile Apa Khabar Jodohku..

comment ckit..

My Great Web page
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger