BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, May 10, 2011

SeKePiNg HaTi

Sekeping hati ini…terlalu berharga bagiku, disuatu ketika dahulu aku pernah beri kepada seseorang yang aku percayai dan sayangi tetapi… tidak dihargai, dirobek-robekkan bagaikan tiada nilai, bila diingat kembali betul kata family aku,cinta zaman SEKOLAH ialah “cinta monyet”...tetapi aku tidak percaya! Bila telah menemui sekeping hati yang lebih sesuai dengan jiwanya dipulangkannya kembali kepadaku dalam keadaan penuh kelukaan! sekeping hati ini…ku cuba berikan lagi kepada SESEORANG selepas beberapa tahun mencari cinta& waktu yang sama ketika sambung belajar... diatas kepercayaan dia mampu merawatnya dan mampu memberikan sinar bahagia tetapi… sekali lagi tidak dijaga sebaliknya dimusnahkan dan dihancurkan bagaikan kaca yang jatuh terhempas dan berkecai tidak dipulangkan kepadaku walaupun aku pinjamkan hanya seketika waktu! sekeping hati ini…luka dengan parah, lantaran perbuatan hamba bernama insan bermain dengan kata-kata yang penuh kemanisan ungkapan rindu dan sayang tidak pernah lekang dari bibirnya, mengapa semua tu hilang sekelip mata,ia, memang akui perkenalan yang singkat tidak menjaminkan apa2 baginya...JUST menganggap seorang KAWAN & tidak lebih dari seorang kawan,TAPI mengapa dia berkelakuan seperti tidak sebagai seorang KAWAN ! sekeping hati ini…penuh dengan luka, parut dan lubang-lubang kesakitan, lubang-lubang itu TIDAK akan tertutup seperti sebelumnya, ia jua…
TIDAK mungkin akan sempurna seperti asalnya
TIDAK mungkin akan sembuh seperti asalnya
TIDAK mungkin akan serupa seperti asalnya
TIDAK mungkin akan ceria seperti asalnya
TIDAK mungkin akan indah seperti asalnya
sekeping hati ini…
sudah terlalu letih untuk menerima kepercayaan seutuhnya dari hamba bernama insan, ia memerlukan masa yang amat panjang untuk menyembuhkannya seperti sediakala lantaran kelukaannya dimasa lalu! sekeping hati ini…ku ubatinya dengan ketenangan agar lubang-lubang kesakitan itu dapat ‘DITAMPAL’ walaupun PARUT tetap akan meninggalkan bekas dan kesakitan itu pasti akan dirasai selagi roh dikandung badan, ku yakini semua lubang-lubang itu mampu ‘ditampal’ & berjanji akan mencari cintanya kembali selepas mengecapi kejayaan dalam pelajaran selepas 3 tahun dari sekarang serta mungkin akan membuka fikirannya kembali untuk menerima cintanya yang hanya perkenalan tidak sekian lama.....

CREATED BY DIPLOMA STUDENT
Wednesday, 11 May, 2011
3:46 pagi

3 comments:

comment ckit..

My Great Web page
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger