BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, November 7, 2011

what would be your call? Your wife? Or your baby?


Assalamualaikum


Hello bakal isteri solehah dan bakal imam sekalian.
Aku sebenarnya dah lama tak buka email untuk menjawab soalan-soalan yang di hantar ke inbox email aku. Ada banyak sebab kenapa aku tak buka. Antaranya adalah kerana aku malas. Solid reason. Tapi kan, semalam masa aku rasa bosan gila dan tak ada benda nak dibuat, aku pun belek-belek lah email di Gmail aku. And untuk pengetahuan korang, aku ada terima satu email yang berbentuk soalan dari seorang my reader. Email dan soalan dia sebenarnya membuatkan aku terfikir beberapa kali.

Dan entah kenapa, aku rasa macam aku tak leh jawab soalan dia. So, apa kata kalau korang yang jawabkan?
*******************

Assalamualaikum Mr S. Saya ada satu soalan. Imagine lah yang you ni dah kahwin. Nak-nak pulak, you kahwin dengan bini yang cun melecun. Dah la cun melecun, solehah, comel pulak tu. Comel siap boleh kalahkan your Lisa Surihani lagi. Kira memang perfect full package ah. So, memang you sayang gila-gila lah kat wife you tu. But then, even dah lama kahwin, you guys still tak dikurniakan cahaya mata (Anak). Korang pun sedeyy. Isk. Isk.


And then pada suatu hari, setelah melayar bahtera ke pulau impian nan indah untuk beberapa ketika, you both dikhabarkan dengan satu berita gembira which is you both bakal dikurniakan anak. Which means lagi you akan jadi daddy. Yey Mr S akan jadi daddy! Dah la lama gila tunggu dapat anak. So, sekali dah dapat anak, mesti happy gila kan? Kan?

But, on the day hari kelahiran baby, korang dapat tahu dari the doktor yang mengatakan bahawasanya ada sedikit complication kat rahim your wife ketika proses melahirkan anak tu. Macam-macam dah doctor tu buat. Check sini, check sana, suntik sini, suntik sana. Tapi still tak boleh overcome masalah tu.

Okay, here's the thing. At the end on that time, doktor tu suruh kau buat satu pilihan yang besar wahai Mr S. Doktor tu suruh kau pilih 

"Encik nak pihak kami bagi keutamaan pada siapa? Isteri encik, atau bayi yang bakal di lahirkan?"

And then, selepas berfikir beberapa ketika, you dapati yang you ada dua pilihan.

Pilihan pertama : Selepas check-check, doktor dapati ada kemungkinan yang wife you dah tak boleh hamil lagi. So, kalau you pick your wife, chance untuk dapat next anak adalah 0.0001%. Or dalam reality, you memang tak akan dapat anak dah.

Pilihan ke dua : Your lovely full-hearted wife suruh you pilih the baby instead of herself. Because "At least, ada gak tanda cinta antara kita dalam muka bumi ni. Kan? :)" Katanya. Sebak.

Pada masa ni, sure ah jantung kau akan terhenti beberapa saat. Dan diikuti dengan linangan air mata. Air mata kasih dan sayang seorang suami kepada isterinya. Kepada anak yang bakal melihat dunia yang fana ini.

***************************

Soalan di atas dah di-edit sedikit. But still, what would be your call? Your wife? Or your baby?

As for boy yang baca, aku bet yang surely ramai akan kata yang korang sanggup mati for the baby. Tapi persoalannya, if aku pick the baby instead of my wife boleh ke aku besarkan baby tu tanpa kasih sayang seorang ibu? Sedangkan aku yang besar ni pun perlukan kasih sayang seorang gadis, apatah lagi my baby?

If you pick your wife, then tak boleh hasilkan anak. Then what? Your wife mesti akan rasa bersalah gila sebab tak dapat bagi anak kepada hubby kesayangan. Then dia sure akan kasi green light supaya husband yang dia cintai dapat kahwin lagi satu semata-mata untuk dapatkan anak sendiri. Untuk zaman sekarang, tak adalah isteri yang sanggup kasi suami dia kahwin lain. So, even dia kasi green light pun, sure dia suffer gila inside. Sanggupkan anda let your wife buat macam ni demi kebahagiaan korang? Not me. Aku tak sanggup kasi wife aku bekorban sorang-sorang demi aku.

Dan aku tak pasti samaada ambil anak angkat merupakan satu good idea. Boleh ke you and your life partner kasi full love to your anak angkat? 

So again. Kalau korang berada dalam situasi di atas. Siapa yang you akan pick. Your wife (yourself) or the baby?

Andai kata aku terpaksa membuat pilihan ni suatu hari nanti, then ianya akan menjadi pilihan yang paling susah bagi aku. Aku harap none of us akan terima ujian yang seberat tu. May God bless us.  

Saturday, November 5, 2011

mengenali dirimu!!!




Ingin ku gapai tanganmu di saat kau tinggalkan aku,
mengapa begitu tega dirimu meninggalkan aku
disaat bahagia datang, tergamaknya dirimu.
Apakah salahku kepadamu
Tanpa bicara
Tanpa tanda
kau tinggalkan aku selamanya
rupanya selama ini kau berpura
cinta padaku
sayang padaku
di saat tangan ku berada di tanganmu
terasa saat itu manis sekali
namun kau tinggalkan aku
disaat aku bersedia untuk kau
sarungkan cincin cinta kita
namun kau berlalu pergi
mengalir airmata ini
membasahi pipi
menyentuh hati
menyentuh perasaan ini
rupanya cincin itu bukan milikku
rupanya kau bukan untukku
walau saat gembira tergambar dihadapanku
rupanya bukan milik ku yang abadi
walaupun saat itu kau pernah berkata
aku cinta padamu
dan kau adalah segalanya untukku
namun itu bukannya penentu untuk kita bahagia
ku susun indah
ku sematkan setiap kenangan kita
pada hatiku yang kau lukai
ku berjanji pada hatiku
yang aku akan melupakan dirimu
pergimu bukan bererti dunia ku akan berakhir
kerana aku punya segala-galanya
walaupun dirimu bukan pendampingku
namun aku rela melepaskannya
demi sebuah kehidupan yang mendatang
ku sematkan kenangan itu
bersama senyuman terakhir ku untukmu
ku bersyukur kerana adaNYA PAYUNG ALLAH
ku bersyukur kerana adaNYA CINTA ALLAH
ku bersyukur kerana adaNYA ALLAH DI  DALAM HATIKU
WALAU RETAK HATIKU SERIBU
NAMUN KU TEMUI SEJUTA MANISAN
DI SETIAP LUKA YANG KAU BERI
TERIMA KASIH UNTUK SEGALANYA

4 the 1st time!!








For the first time
Ku mengenalimu
Ku merasakan debaran dihati
Tak terungkap dengan kata-kata

For the first time
Ku sambut bicaramu
Ku sambut  hatimu
Tak terucap dengan kata-kata

For the first time
Ku mengenal cinta
Ku mengenal sayang
Tak terbayang dengan pandangan mata

For the first time
Ku mengenal sakit
Ku mengenal kecewa
Tak tergambar dengan ungkapan maafmu

For the first time
Ku mengenal erti tabah
Ku mengenal erti pasrah
Tak tergambar dengan kalimah kata-kata

For the first time
Ku mengenal senyuman disebalik derita
Ku mengenal senyuman disebalik bahagia
Ku mengenal lagu hati kita
Walau dialun beribu kali
Ia tetap pertama untukku
  
For the first time
Hatiku telah dimiliki
Hatiku telah berlagu indah
Mengungkap seribu kesyahduan
Mengajak hati agar lebih setia
Walau cinta tidak semestinya dimiliki
Aku telah redha pada segala
Ketentuan dan takdir Tuhan
Yang  Cinta pernah hadir 
Yang cinta pernah mengisi
Disudut hatiku……

comment ckit..

My Great Web page
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget