BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, June 14, 2011

Hati Yg Tiada Nilai!!!





Sebenarnya coretan ini ingin aku kirimkan kepada kamu yang  melumpuhkan hatiku. Coretan ini ingin ku selitkan dalam satu kehidupan mu, namun aku hanya lelaki yang tak memiliki keberanian dalam mengungkapkan semua percikan – percikan rasa yang terjadi dalam hatiku. Aku hanya dia yang engkau anggap tidak lebih, aku hanya merasa seperti itu.
.
Wahai kamu yang melumpuhkan hatiku,
Seperti yang engkau tahu, aku selalu berusaha menjauhi darimu, aku selalu berusaha bersikap tidak acuh padamu. Saat di depanmu, aku selalu berlagak normal walaupun aku hanya berpura – pura.
.
Tahukah wahai kamu  yang melumpuhkan hatiku?
Entah mengapa aku dengan mudah berkata “cinta” kepada mereka yang tidak ku cintai. Namun kepadamu, lisan ini seolah – olah terkunci. Dan aku rasa beruntung kerana tidak pernah mengucapkan bahawa aku mencintaimu, walau aku teramat sakit di saat mengetahui bahawa aku bukanlah mereka yang engkau cintai, walaupun itu hanya  prasangka ku.
Jika boleh aku beri alasan, mungkin kerana aku takut engkau akan menjadi “illah” kepada ku. Kerana itu, aku berusaha untuk mengurung rasa itu jauh ke dalam, sehingga yang terjadi adalah tolakan-tolakan dan lonjakan yang membuatku semakin bingung.
Sakit hatiku ku berbicara bahawa engkau mencintai dia dan tiada aku dalam kamus cintamu. Sememangnya sakit, sakit yang  terasa begitu perit. Namun 1000 kali rasa itu lebih baik di saat aku mengerti bahawa senyum mu adalah sesuatu yang bererti bagiku. Ketenteraman mu adalah buah cinta yang amat teramat mendekap hatiku.

.
Wahai kamu yang melumpuhkan hatiku,
Andai aku boleh berdoa kepada Tuhan, mungkin aku ingin meminta agar Dia membalikkan sang waktu agar aku mampu mengubah saat-saat pertemuan itu, hingga tiada tatapan pertama itu, yang membuat hati ini terus mengingati mu. Jarang aku memandang wanita, namun satu pandangan sahaja telah meluluhkan bahkan melumpuhkan hati ini. Andai aku buta, tentu itu lebih baik daripada harus kembali lumpuh seperti ini.
Banyak lembaran buku yang telah ku telusuri, banyak teman yang telah ku minta pendapat. Mereka mendorongku untuk mengakhiri segala prasangku tentang kamu dan dia, kerana sebahagian prasangka adalah suatu kesalahan. Namun di sudut yang lain,  ada dorongan yang begitu kuat untuk ku tetap menahan rasa yang terlalu awal, yang telah tertancap dihati ini.
.
Wahai kamu  yang telah melumpuhkan hatiku,
Mungkin aku bukanlah lelaki gentleman yang bersedia untuk  menikah denganmu dengan segera. Masih banyak perkara lain dalam hidup ini yang harus ku kejar.  Sesungguhnya aku tidak ingin menanggung beban ini, yang akhirnya akan menuju kerosakan, jika hati ini tidak mampu ku jaga. Aku tidak mahu bercouple dengan mu.
.
Wahai kamu yang telah melumpuhkan hatiku,
Mungkin saat ini hatiku adalah milik mu. Namun tidak akan aku berikan setitik pun saat-saat ini, kerana aku telah bertekad dalam diriku bahawa saat-saat indah ku hanya akan ku berikan kepada BIDADARI ku.
Wahai kamu yang telah melumpuhkan hatiku, tolong bantu aku untuk meraih bidadari ku bila dia bukanmu.
Wahai engkau yang telah melumpuhkan hatiku, tahukah kamu bahawa saat  inilah yang paling ku takutkan dalam diriku. Jika DIA tidak menganugerahkan aku dengan setitik rasa malu, tentu aku telah meminang mu bukan sebagai isteriku namun sebagai kekasihku.

Andai rasa malu itu tidak pernah ada, tentu aku tidak berusaha menjauhimu.
Kadangkala aku bingung, apakah penjauhan ini merupakan jalan yang terbaik?
Mengorbankan ukhuwah diantara kita?
atau harus mengorbankan iman dan maluku hanya demi perkara  yang remeh ini?
Aku semakin tidak mengerti diriku…

Ingin ku meminta kepada mu, sudikah engkau menungguku? sehingga aku siap dengan yakin untuk  meminangmu? Dan kau pun siap dengan pinanganku?
Namun wahai kamu yang telah melumpuhkan hatiku, kadangkala aku terfikir,  semuanya pasti akan berlalu, dan aku merasa saat-saat ini pun akan segera berlalu. Tetapi ada ketakutan dalam diriku, apabila aku melupakanmu. Aku takut tidak akan pernah lagi menemukan dirimu dalam diri mereka-mereka yang lain.
Wahai kamu yang telah melumpuhkan hatiku, izinkan aku menutup coretan ini dan biarkan waktu berbicara tentang takdir antara kita. Mungkin nanti saat dimana mungkin kau telah menimang cucu mu dan aku juga demikian, mungkin kita akan saling tersenyum bersama mengingati kisah lama kita yang tragis ini.
Atau mungkin saat kita ditakdirkan untuk menempuh jalan menuju keindahan sebahagian dari iman, kita akan tersenyum bersama  akhirnya,  setelah menahan perit rindu yang begitu menggoncang.

Wahai kamu yang telah melumpuhkan hatiku, mintalah kepada Tuhan mu, Tuhan ku, dan Tuhan semua manusia,  kesudahan  yang terbaik terhadap kisah kita. Memintalah kepadaNya agar iman yang tipis ini mampu bertahan, memintalah kepadaNya agar tetap menetapkan malu ini pada tempatnya.
Wahai engkau yang sekarang ku cintai, semoga perkara  yang terjadi ini bukanlah sebuah DOSA.


No comments:

Post a Comment

comment ckit..

My Great Web page
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget